Tuesday, March 13, 2012

info kucing #Demam


Demam


Kucing  mengalami demam bila tindakbalas jangkitan atau penyakit yang menyerangnya Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C).Namun,kucing demam menunjukkan tanda,
_________________________________________________
-Bernafas dengan laju  - bernafas seperti  sesak nafas. 
-Keletihan. - kucing tidak aktif 
-Menunjukkan sikap tiada respon atau tidak hirau akan perkara yang selalu mengambil perhatiannya
-Hilang selera makan. - kucing  tidak mahu makan dan minum.







langkah mengelakkan demam :
_______________________________________

-Sentiasa menyediakan minuman yang sejuk untuk mengelakkan kucing anda dari dehidrasi
-elakkan memanndikan kucing dengan air sejuk .mandikan dengan air suam iaitu sedikit air panas dicampurkan .
-jangan terlalu kerap memandikan kucing sebab kucing cepat sejuk .memadai seminggu sekali .-elakkan kucing dari terkena air hujan .






Rawatan untuk kucing demam 
________________________________________

-berikan air yang banyak kepada kucing .
-Basahkan sehelai kain dengan air sejuk dan sapu seluruh badan dan cepat kering kucing itu dengan tuala atau pengering rambut.
-Letakkan kucing dalam bilik yang berhawa dingin atau di bawah kipas.
-Bawa kucing ke klinik haiwan secepat yang mungkin .





P/s:jika ada sebarang kemusykilan boleh bertanya .Insya Allah saya cuba menjawabnya =)
Assalamualaikum



Labels:

1 Comments:

At July 22, 2012 at 6:10 AM , Blogger Ubie said...

Mis, suhu kucing sy normal, tp dia mmg hilang selera mkn n mnum, perut dia O , now dia dh x larat nk diri... Bernafas sgt laju... Reply me as soon as.tqvm.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home